Apa itu "smssekolah"?
SMSSEKOLAH merupakan perkhidmatan interaktif terkini yang membolehkan penjaga dan pihak sekolah mendapatkan maklumat berkaitan murid dan persekolahan mereka melalui Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS).
Bagaimanakah caranya untuk melanggan perkhidmatan ini?
Anda perlu mengisi borang langanan yang disertakan disini dan kemudian anda perlu mengaktifkan perkhidmatan dengan menaip REG SMSSEKOLAH <NO MYKAD MURID> dan hantar SMS ke 32020.
Apakah faedah yang diperolehi dengan melanggan perkhidmatan "smssekolah" ini?
Di antara faedah yang anda perolehi adalah penerimaan pelbagai informasi berkaitan anak yang bersekolah seperti KEHADIRAN, DISIPLIN, LATIHAN, PERERIKSAAN, MEMO, ADUAN & GURU GANTI melalui SMS.
Siapakah yang boleh menggunakan perkhidmatan ini?
Perkhidmatan ini boleh digunakan oleh ibubapa/penjaga yang melanggan serta menggunakan talian pra-bayar atau pasca-bayar Maxis, Celcom atau Digi.
Berapakah caj perkhidmatan yang dikenakan untuk melanggan perkhidmatan ini dan bagaimanakah pembayaran dilakukan?
Terdapat 2 jenis pelan iaitu bayaran untuk 6 bulan sebanyak RM18 atau 12 bulan sebanyak RM36 yang di buat melalui pihak sekolah.
Sekiranya saya baru mendaftar, bagaimana saya akan mengetahui langganan saya telah diaktifkan?
Anda akan menerima SMS daripada 32020 untuk memberitahu tentang pengaktifan langganan anda.
Saya tidak melanggan perkhidmatan "smssekolah". Apa yang perlu saya lakukan jika saya berhasrat untuk mendapatkan maklumat persekolahan anak saya?
Bagi yang tidak melanggan, anda perlu menaip SEK <NO MYKAD MURID> dan hantar SMS ke 32020. Caj sebanyak RM0.50 dikenakan untuk setiap SMS.
Berapakah kekerapan SMS yang diterima oleh ibubapa/penjaga dari pihak sekolah dalam masa sebulan?
Selagi ada maklumat yang ingin disampaikan oleh pihak sekolah, selagi itulah anda akan menerimanya.
Bagaimanakah jika ibubapa/penjaga ingin membalas SMS yang diterima atau menghantar SMS kepada pihak sekolah?
Anda perlu menaip ADU <KOD SEKOLAH> <MESEJ> hantar SMS ke 32020. Caj sebanyak RM0.50 dikenakan untuk setiap SMS.
Sekiranya ibubapa/penjaga yang melanggan ingin menamatkan perkhidmatan. Bagaimanakah caranya?
Anda perlu menaip STOP SMSSEKOLAH dan hantar SMS ke 32020. Tiada sebarang pulangan tambah nilai.
Perkhidmatan SMSSEKOLAH Kementerian Pelajaran Malaysia
Laman web ini sesuai dipapar menggunakan pelayar Internet Explorer 8 ke atas dan Mozilla Firefox 3.0.